SAMBAL BERONOK HIDANGAN EKSOTIK DESA TANAH MERAH

DESA TANAH MERAH KEPULAUAN MERANTI 18 APRIL 2017

DESA TANAH MERAH- Pulau Rangsang bukan saja terkenal sebagai tempat Rekriasi, malahan desa ini mempunyai rahsia di sebalik kehidupan laut ( Reptil ,Makanan Laut) yang masih belum tersentuh dan banyak diketahui oleh ramai pihak,Tapi jenis reptil ini sudah ada sejak zaman dahulu,bahkan ada sebagian jenis reptil yang hampir punah,seperti ketam,konkom,sepahat,jenis ini sudah sangat sulit untuk di temuai,lain lagi ceritanya dengan beronok,beronok adalah sejenis makanan eksotik yang istimewa bagi sebagian etnis penduduk di desa ini yaitu sambal bronok.
Bagi yang belum pernah mendengar nama ‘bronok’, akan tertanya-tanya apakah itu bronok ?


Bronok adalah spesies hidupan laut yang seakan-akan gamat atau timun laut dan hidup di kawasan pantai yang berselut di Pulau Rangsang Desa Tanah Merah
Teksturnya sangat licin seperti memegang sotong dan mempunyai beberapa warna antaranya coklat kehitaman (tua) atau merah jambu (muda). Isinya yang kenyal dan rasanya agak masin seperti air laut,Bronok ini begitu unik kerana sifatnya yang alah kepada haba membuatkan ia akan cair menjadi air masin jika dimasak.

Mungkin ada yang tidak lalu memakannya sebaik melihat fizikal sebenar bronok, yang seakan-akan lintah gergasi yang menggelikan. Namun, bagi sesetengah orang ia adalah hidangan istimewa yang amat menyelerakan,salah satunya Bagi penduduk beretnis akit didesa tanah merah , ia sudah menjadi hidangan wajib untuk bersantap bersama keluarga. Tambahan lagi, lebih enak jika dimakan bersama-sama nasi putih yang panas beserta lauk-pauk lainya,selain disambal beronok juga bisa di buat rendang,ya rasanya seperti empedal ayam (kalang).

Proses penyediaan bronok ( memasak )
berdasarkan hasil wawancara kepada salah seorang warga yang tidak mau disebutkan namanya, proses penyediaan mudah sekali yaitu dimulakan dengan memotong bahagian pangkal kepala dan ekor untuk membuang isi perutnya. Ia kemudian dihiris nipis agar senang dimakan.”Oleh kerana sifatnya kenyal dan licin, gunakan pisau tajam untuk membuat hirisan nipis dan berhati-hati ketika memotongnya. Ia juga memerlukan ketelitian dan kesabaran tinggi,Menurut nya, selepas siap dihiris nipis, bronok perlu dibersihkan dua hingga tiga kali sebelum ditapis bagi mengelakkan ia berair. Bahan asas dalam samabl ini lebih kurang sama dengan cara membuat sambal yang lain. Antaranya ialah sambal lada, bawang,  serta bumbu dapurlainya. Setelah siap, bahan-bahan itu digaul sebati bersama bronok yang siap dibersihkan,Katanya lagi, penyediaan sambal ini juga bisa di berbagai resepi mengikut selera serta kreativiti masing-masing.

Cara mencari bronok

Seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai ya berkata, bronok bisa diperoleh dengan menggunakan dua cara. Pertama, mengutipnya sendiri di tepi pantai  dan cara kedua dengan menggunakan bot atau sampan di tengah lautan. ya, yang adalah anak jati pulau ini, berkata kebanyakan nelayan sekarang lebih gemar mengguna cara yang pertama kerana hanya perlu berjalan di pesisr pantai sambil menikati indahnya alam serta sambil mencari reptil jenis lainya. Cara ini juga sangat mudah serta efektif. Dengan hanya berjalan jalan , kita bisa mengaut banyak hasil tangkapan.

Penggemar Sambal beronok

Menurut seorang dari pada penggemar sambaln bronok,  sambal beronok ini adalah makanan yang sinonim dan tradisional bagi masyarakat suku akit desa Tanah Merah.

Namun, ramai pelancung yang datang ke Desa Tanah Merah ini belum mengetahui tentang kewujudannya. Melainkan bagi mereka yang mengambil kesempatan untuk tinggal bersama beberapa hari dengan masyarakat desa Tanah Merah.Sambal bronok adalah hidangan yang menyelerakan bagi saya, sama ada dimakan bersama nasi putih ataupun diratah begitu sahaja. Ini kerana, bronok lebih sedap bila dijadikan sambal berbanding di masak jenis lain,” kata beliau.
Sementara itu, Pengelola Pantai Pesona mencadangkan akan membuat pameran jenis-jenis makanan laut yang ada didesa tanah merah ,sebagai daya tarik sekaligus untuk mengembangkan potensi sumber daya alam yang ada didesa Tanah Merah.

Facebook Comments

2 Comments

Komentar & Saran Anda :